Chester Carlson
Chester Carlson

Chester Carlson

Chester F. Carlson (8 Februari 1906 - 19 September 1968) ialah seorang ahli fizik, pereka, dan peguam paten Amerika Syarikat yang merekacipta proses penyalinan segera yang dipanggilnya elektrofotografi. Prosesnya itu kemudian dinamakan xerografi dan diperdagangkan oleh Perbadanan Haloid (Xerox).Seorang pekerja yang rajin, Carlson menghadapi banyak kekecewaan dan kegagalan selama belasan tahun sebelum akhirnya berjaya. Rekaannya menyebabkannya menjadi seorang jutawan berkali-kali ganda, dan mengubahkan undang-undang hak cipta, serta cara bagaimana orang bekerja. Perubahan-perubahan yang dibawa oleh xerografi masih dirasai, dan telah membolehkan banyak rekaan baru, termasuk pencetak laser.